Blogger Widgets

Khamis, 4 Julai 2013

Nabi Muhammad Wafat


Salah satu peristiwa paling sulit yang terpaksa dihadapi oleh seorang isteri dalam kehidupannya adalah semasa suami tercinta meninggal dunia.Kita akan cuba meneroka kehidupan Aisyah semasa melalui fasa ini.

Peristiwa itu berlaku dalam tahun ke-11 Hijrah semasa Aisyah berusia lapan belas tahun.Beliau dikurniakan rumah tangga yang dipenuhi dengan rasa cinta,kasih sayang dan kesetiaan di sepanjang tempoh perkahwinan itu.

Pada suatu hari pada bulan Safar,tahun ke-11 Hijrah,nabi Muhammad datang ke rumah Aisyah sambil mengeluh sakit kepala.Beliau mula rasa tidak sedap badan semenjak menghabiskan masa dengan Maimunah.Sakitnya semakin hari semakin berat tetapi beliau tetap menunaikan giliran kunjungan ke rumah semua isterinya.Semasa sakitnya semakin berat,beliau sering bertanya di mana beliau berada hari ini dan ke mana beliau esok harinya.Beliau seakan-akan mahu segera di samping Aisyah.Oleh itu,isteri-isteri lain mengizinkannya di rawat di rumah pilihannnya.Beliau memilih dirawat di rumah Aisyah.Di rumah Aisyahlah juga baginda meniggal dunia.

                              
Alasan Nabi Muhammad Memilih Rumah Aisyah.Mungkin ada yang mengatakan Nabi Muhammad memilih dirawat di rumah Aisyah demi   cintanya pada Aisyah.Aisyah mempunyai kecerdasan,ingatan yang tajam dan mampu memahami setiap persoalan di peringkat yang paling tinggi.Beliau mampu membuat kesimpulan,merumus hukum serta melakukan tafsiran yang mengagumkan.Jadi,Nabi memilih berada di samping Aisyah pada hari-hari terakhirnya agar Aisyah boleh mengingati setiap perkataan & perbuatanya bagi pengetahuan umum pada kemudian hari.Ternyata orang Islam dapat mengetahui banyak perkara berkenaan hari-hari terakhir Nabi kita melalui Aisyah.

  Baginda menderita sakit yang semakin hari semakin berat.Sakitnya kian berat sehingga beliau tidak mampu menjadi Imam solat di masjid.Baginda mempunyai doa-doa tertentu yang dibacanya ketika sakit.Aisyah mengikuti teladan Nabi Muhammad.Beliau membacakan doa-doa itu kepada suaminya sambil mengusap tangannnya.

  Suatu hari,ada sekumpulan orang yang mahu bersembahyang subuh di masjid menunggu Nabi Muhammad datang.Masa itu juga,beliau sakit tenat sehingga pengsan beberapa kali.Beliau meminta Abu Bakar menjadi Imam untuk sembahyang subuh.Aisyah tidak bersetuju denga perintah beliau,"Wahai kekasih Allah,Abu Bakar itu orang yang halus perasaanya,sering mengalirkan air mata apabila membaca al-quran.Berilah tugas itu kepada orang lain."

  Kemudian Aisyah menerangkan,"Sebenarnya saya takut Abu Bakar menjadi sasaran orang lain kerana itu kali pertama beliau mengambil tempat kekasih Allah."

  Aisyah mengulangi rasa tidak setujunya atas perintah beliau dua,tiga kali.Namun beliau tetap berkeras.Akhirnya beliau berkata"Perintahkan Abu Bakar memimpin solat.Sungguh kamu bersikap seperti sahabat-sahabat Yusuf".Hadis ini dicatatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

  Nabi Muhammad mempunyai sedikit simpanan emas yang dipegang oleh Aisyah.Walaupun sedang menderita sakit tenat,beliau masih ingat berkenaan simpanan emas tersebut."Wahai Aisyah,masih adakah emas yang kamusimpn itu?"

  Aisyah pergi mengambil emas yang jumlahnya kurang daripada sepuluh keping.Beliau memegang kepingan emas dan berkata"Apa sangkaan Muhammad kepada Allah jika menemui Allah,sedangkan emas ini berada di tangannya?Sedekahlah emas-emas ini".Hadis ini dicatatkn oleh Ahmad.

 Bukahri dan Muslim merekodkan"Aisyah berasa bahagia dengan penghormatan yang diterimanya dan berkata"Sebahagian nikmat yang Allah berikan kepada saya adalah Nabi Muhammad meninggal dunia di rumah saya pada hari yang memang sepatutnya beliau bergilir di rumah saya.Beliau meninggal dengan bersandar di dada saya.Air liur saya bercampur dengan air liurnya semasa meninggal."

  Kemudian Nabi Muhammad melepaskan tangannnya daripada genggaman Aisyah dan berdoa"Ya Allah,tempatkanlah aku di tempat yang tertinggi di sisiMu."Semasa Nabi Muhammad hampir meninggal dunia,beliau baring di tempat pangkuan Aisyah.Kemudian beliau tidak sedarkan diri.Selepas sedar kembali,beliau memandang ke atas, dan berkata,"Ya Allah,tempatkanlah aku di tempat tertinggi di sisiMu.

 Sesudah Aisyah mendengar doa Nabi,beliau berkata"Beliau tidak akan bersama kami di syurga nanti.Saya tahu kekasih Allah sudah memilih tempat beliau sendiri seperti beliau katakan semasa beliau masih sihat.".Memang tiada seorang pun dapat menidakkan keistimewaan Aisyah.Nabi Muhammad waktu akhirnya di rumah Aisyah ,meninggal dunia di sana malah dikebumikan di sana juga.

Sungguh kita milik Allah dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan