Alhamdulilah.Ramadhan kali ini dapatku sambut dengan penuh kesyukuran bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan..Ahlan Wasahlan YaRamadhaan.Bulan yang penuh kemuliaan dan sama-samalah kita banyakkan amal ibadah dalam semua bentuk untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.Amin.Jadi,dikesempatan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik kita melakukan amalan-amalan suci bulan Ramadhan:
Dari Abu Hurairah t, ia berkata, 'Rasulullah s.a.w memberi khabar
gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah I
mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga
dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat
dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang
tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR.
Ahmad dan an-Nasa`i.
1)Berpuasa
2)Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat
Tarawih berjamaah: Solat Tarawih disyari'atkan berdasarkan
hadis 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata:"Sesungguhnya
Rasulullah keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di
masjid, dan solatlah beberapa orang bersama beliau. Di pagi hari,
orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi mengerjakan
solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang
beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali
memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang
berada di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah keluar dan
melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak
mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah hanya
keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat
Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin,
kemudian membaca syahadat dan bersabda, 'Sesungguhnya
kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa kuatir
ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup
melaksanakannya." Rasulullah wafat dan keadaannya tetap seperti
ini. (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Setelah Rasulullah wafat, syariat telah mantap, hilanglah segala
kekuatiran.Disyari'atkan solat Tarawih berjemaah tetap ada
kerana telah hilang 'illat (sebabnya), kerana 'illat itu berputar
bersama ma'lul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah Umar
telah menghidupkan kembali syari'at solat Tarawih secara
berjamaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah
pada masa itu. Wallahu A'lam.
3)Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar: Lailatul Qadar adalah
malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada lailatul
qadar dan pendapat paling kuat bahawa ia terjadi di sepuluh hari
terakhir bulan Ramadhan,lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil,
iaitu malam 21, 23,25,27, dan 29.
4) I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar: I'tikaf dalam bahasa adalah
berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa
memisahkan diri. Sedang dalam istilah, i'tikaf bererti berdiam
di masjid untuk beribadah kepada Allah dengan cara tertentu
sebagaimana telah diatur oleh syari'at.
I'tikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggalkan
oleh Rasulullah.
5)Memperbanyak sedekah: Rasulullah adalah orang yang paling
pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan.
6)Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat
dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah
dan Rasulullah r menjelaskan bahwa nilai pahalanya sama dengan
melaksanakan ibadah haji.
Selamat berpuasa kepada semua sahabat taulanku,guru-guruku & pensyarah, sejak
di bangku sekolah Sek.Keb.Bendahara Seri Maharaja,
Sek.Men.Keb.Air.Molek, Kolej Matrikulasi Melaka & tidak lupa
sahabatku di perantauan London,United Kingdom &
Warwick University.
-Selamat Menjalani Ibadah Puasa-
-Selamat Menjalani Ibadah Puasa-