Blogger Widgets

Khamis, 4 Julai 2013

Kisah Ashabul-Kahf


Asalamualaikum semua.Huh baru nih nak update blog.Sebenarnya ana nak ambil kisah ini sebab adik ana bernama Ahmad Ashabul-Kahfi.hehe..zack...zack..
Baiklah,hari ini nak menyingkap serba sedikit tentang Kisah Ashabul-Kahf.


                         Gua Ashabul-Kahf

Kisah Ashabul-Kahf ini merupakan salah satu kisah yg masih diliputi misteri hingga saat ini mengenai kisahnya meskipun banyak ahli tafsir cuba untuk mengungkapkannya termasuk diri ana sendiri dimana kisah tujuh orang pemuda yang berpegang teguh pada keimanan sehingga Allah menidurkan mereka di dalam gua selama 309 tahun sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa pun.Allahhuakbar.Itulah yang dinamakan kuasa Allah.Sekumpulan pemuda lari menyembunyikan diri ke dalam gua bersama seekor anjing untuk mengelakkan daripada penguasa yang zalim yang mahu membunuh mereka.Apakah yang mendorong Ashabul-kahf ini menyembunyikan diri ke gua?Adakah mereka tidak sanggup menghadapi ujian Allah?

Menurut ulama tafsir,para penghuni gua itu terdiri daripada 7 orang & mereka dipercayai hidaup di zaman Maharaja Dikyanus(Decius) yang zalim dan menyombongkan diri.Jadi,kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus,7 orang pemuda tersebut lari dan bersembunyi di dalam gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan yang lebih jauh.Tetapi apabila mereka tidur pada malam itu,mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya 1 malam tetapi selama 309 tahun.

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun sudah tentu mati,reput tubuh badan tetapi tidak bagi mereka yang dibangunkan oleh Allah daripada tidur dan mereka melihat perubahan yang sangat ketara di negeri mereka.Mereka memutuskan salah seorang daripada mereka pergi ke bandar untuk membeli makanan.Malang tidak berbau mata wang yang diberikan untuk membeli makanan tidak laku dan tidak diterima oleh penjual tersebut kerana mata wang tersebut sudah berusia 300 tahun.

Jadi,apabila kisah ini diketahui ramai,maka semua manusia datang berkunjung ke gua untuk melihat keajaiban gua tersebut sehingga kini.Apa yang terjadi selanjutnya kepada kumpulan pemuda Ashabul-Kahf tidak dijelaskan oleh Allah.Mungkin Allah ingin mengisahkan pengalaman ganjil tersebut semata-mata memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan